Tuesday, 14 May 2013

ASSALAMUALAIKUM WBT                                                                                          

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukan dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
Tujuan kami menjalankan blog ini adalah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah keterampilan membaca kami iaitu Dr.Dahlia Janan.
Syukur Maha terima kasih Ya Allah.. Sejahtera Dirimu Ya Allah yang Maha Pengasih Penyayang lagi Maha Mengasihani.....






membaca itu indah


Monday, 13 May 2013

DEFINISI MEMBACA


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Kennedy (1981), mendefinisikan bahawa membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual seperti lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusanya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Manakala, Marohaini Yusof (1989) mendefinisikan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan dan hanya dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca oleh seseorang individu. Selain itu, daripada Harris dan Sipay (1980) mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis.  Mahzan Arsyad (2008) mendefinisikan membaca ialah satu proses memahami atau membina pengalaman. Beliau membahagikan membaca kepada dua bahagian iaitu membaca sebagai proses membentuk makna seperti  dan membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan. Dua pembahagian ini merupakan satu perspektif bagi mendalami konsep membaca dengan jelas.  Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu satu proses pengamatan, sensori, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara proses kompleks tersebut, proses membaca ini tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain itu matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan dapat dicapai.

TEORI MEMBACA


1)    APAKAH ITU MODEL BOTTOM-UP
Model bottom-up merupakan model pembacaan yang dilakukan dari bawah ke atas. Maksudnya ialah sesuatu makna dalam proses pembacaan dilakukan dari bawah ke atas. Menurut teori ini, dengan tekslah yang akan menentukan tahap pemahaman seseorang itu. Menurut Haris & Sipay (1980), inti proses membaca menurut teori ini adalah proses kengkodan kembali tutur yang tertulis. Dengan kata lain, membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, perincian, dan juga rangkaian persepsi dan identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola-pola ejaan dan juga unit bahasa lainnya.
2)    APAKAH ITU MODEL TOP-DOWN
Model top-down ini dikenali sebagai psikolinguistik dalam membaca dan teori ini dikembangkan oleh Godmann (1976). Dibaca dari atas kebawah dan Model ini memandang kegiatan membaca merupakan sebahagian daripada proses pengembangan skemata seseorang yakni pembaca secara terus menerus menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang dilakukan oleh pembaca pada saat proses membaca berlaku. Inti bagi model ini ialah pembaca memulai proses pemahaman teks dari tataran yang lebih tinggi.
3)    APAKAH ITU MODEL INTERAKTIF
Model ini merupakan kombinasi antara dua model iaitu model bottom-up dan juga model top-down. Dalam model interaktif ini, pembaca akan mengadoptasikan pendekatan top-down untuk meramal makna, kemudian beralih kepada pendekatan bottom-up untuk menguji apakah perkara itu benar seperti mana yang dimaksudkan oleh penulis. Menurut pandangan interaktif, membaca dimulai dengan membuat hipotesis terhadap makna, kemudian dilanjutkan dengan menghuraikan makna huruf, kata dan juga kalimat dalam bacaan. Model ini juga merupakan model membaca yang menggunakan serentak antara pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam pikiran pembaca.

BELAJAR MEMBACA


Untuk membaca seseorang itu juga perlukan pembelajaran. Terdapat beberapa pandangan ahli tentang proses membaca. Proses membaca ini berlaku mengikut aturan dan juga langkah sebelum ia dikategorikan sebagai membaca. Pembaca ialah seorang penyelesai masalah aktif yang cuba mengenalpasti bentuk huruf, ilustrasi, format dan bentuk teks yang dibaca (pada peringkat visual atau peringkat dekoding). Di samping itu mereka cuba mengaitkan antara huruf dan bunyi (fonologi), dan mencari serta mengkaji struktur teks berdasarkan pengalaman bahasa mereka (sintaks).
Akhir sekali mereka akan cuba mencari makna di sebalik permukaan bercetak yang mana ia berlandaskan pengalaman latar atau skema yang mereka punyai ( Semantik)
                  
   

MASALAH DALAM MEMBACA


Ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.


Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.


         ASPEK PSIKOLOGI ~


         Menurut Marohaini Yusoff (1999),

Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan satu peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca.



  Keadaan perasaan murid tentang diri sendiri.

 Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut. Secara umumnya, masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza dengan faktor luaran, namun ianya saling berkait dan memberi kesan terhadap satu sama lain.


          ~ ASPEK INTELEKTUAL ~ 


            Menurut Marohaini Yusoff (1999),

Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca.




Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978),

Pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pembaca yang merupakan murid di peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.


Pengetahuan sedia ada yang terbatas.

Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya lagi. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Hal ini memperlihatkan pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan kemudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun, kefahaman dan kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal ini tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan membaca tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca.


Tahap pembacaan.

Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dielek negeri masing-masing, pembaca tersebut akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain. 




          ~ ASPEK FIZIKAL ~


Kamus Dewan Edisi Keempat,
Fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak supaya dapat difahami dalam suatu bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik.


Menurut Marohaini Yusoff (1999)
Proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaannya. Disebabkan masalah yang dihadapi ini, seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dibacanya dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses pemahaman bacaan yang seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan.



         ~ ASPEK SUMBER MANUSIA ~

Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh sumber bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca.

Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.

Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.


    
         ~ ASPEK PERSEKITARAN ~

Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal.

Marohaini Yusoff (1999
Menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara-perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kata mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.

Pearson dan Johnson (1978)
Mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan rakan-rakan lain mempengaruhi pencapaian membaca murid. Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca. Secara ringkasnya, guru dan rakan sebaya bertindak secara tidak langsung sebagai perangsang untuk seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif juga.



PEMILIHAN BAHAN BACAAN


Pada masa kini, ramai di kalangan pendidik di Malaysia membuat andaian bahawa buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang ditulis sesuai untuk semua murid-murid dalam peringkat itu. Namun begitu, andaian ini perlu diubah lantaran murid-murid yang hadir dalam sesuatu peringkat itu mempunyai kecerdasan yang berbeza. Latar belakang, minat, dan kebolehan berbahasa yang berbeza di kalangan murid-murid memerlukan bahan bacaan yang pelbagai. Oleh yang demikian salah satu cabaran dalam pendidikan adalah menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk murid-murid. Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dari aspek murid boleh dilihat dari aspek intelek, psikologi, fizikal dan persekitaran. Antara faktor-faktornya ialah.1)

           1)  Faktor Tulisan yang Jelas 
Faktor tulisan yang jelas dalam penulisan ini merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Reka    bentuk tulisan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf , jarang antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi. Semua ini, didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan bahan. Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza. Contoh di bawah dapat menerangkan hal ini dengan lebih jelas. Contoh di atas menunjukkan pengaruh saiz tulisan. Contoh di bawah pula menunjukkan pengaruh jenis tulisan. 

(This is an example of 11 point. This recommended as being the optimal size of type for ease speed of reading with adult readers.)
            (This is an example of 10 point. The range 10-12 point is recommended for children age nine to thirteen years.)


          2) Faktor Ilustrasi dan Warna

   Ilustrasi turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bergantung  kepada cara persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan. Kajian membuktikan kanak-kanak amat menggemari bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi. Hal ini, secara langsung akan memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat di situ. Selain itu, ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Namun demikian penggunaan ilustrasi ini juga ada kelemahannya iaitu ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau konsep. Hal ini perlu dielakkan kerana kadang-kala ilustrasi tidak dapat memuatkan semua fakta penting seperti yang terdapat dalam teks. Oleh itu, pembaca akan kehilangan fakta penting yang sepatutnya mereka kuasai. Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan. Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca. Contoh-contoh ilustrasi di bawah menunjukkan cara lukisan dan cara warna yang berbeza. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Andrews & Scharff 2002 mereka telah menemui bahawa murid-murid pra sekolah lebih meminati buku yang bergambar terang dan realistik berbanding buku-buku yang mengandungi gambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik serta suram dan abstrak. Kajian mereka ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.




3)       Faktor Perbendaharaan Kata

Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. Kajian oleh Harrison 1980, telah membuktikan perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan untuk meramal kesukaran teks. Ada banyak cara mengukur kesukaran teks dengan menggunakan perbendaharaan kata, namun demikian dua cara yang paling biasa digunakan adalah dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan. Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas dikenali dan difahami.



4)   Faktor Kesukaran Konseptual

Faktor ini berkait rapat dengan faktor perbendaharaan kata secara am. Namun demikian, kedua-dua faktor ini sepatutnya dianggap sebagai perkara yang berlainan. Dalam pengukuran kebolehbacaan, faktor kesukaran konsep adalah faktor yang lebih penting berbanding dengan faktor-faktor lain. Namun demikian, ia jarang diambil kira kerana ia amat sukar untuk menganggarkan kebolehbacaannya. Kesukaran ini timbul kerana tiada kriteria yang boleh digunakan untuk mengukur kesukaran konseptual itu sendiri.


5)   Faktor Ayat


    Pemahaman terhadap kandungan sesuatu petikan akan menjadi sukar apabila struktur ayatnya kompleks. Harisson menyatakan kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
i. Kata kerja berbanding kata kerja pasif,
ii. Proses membentuk kata nama,
iii. Kata kerja bantu,
iv. Bilangan klausa dalam ayat; dan
v. Pemahaman dan penggantian.

Kajian telah menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks menurun. Sama juga penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi dan kadang kala menyebabkan kekaburan dan kesamaran teks yang dibaca. Jadual di bawah menunjukkan lima jenis kesukaran berkaitan dengan ayat yang dikemukakan oleh Harrison 1980. Contoh di bawah menunjukkan teks yang kabur.

Ali pula sepanjang karyanya dalam Warna Merah itu tidak ditemui menggunakan metafora sama ada dalam bentuk personifikasi tetapi Ali memilih juga diksi-diksi yang mempunyai makna di sebaliknya. Ada sedikit persamaan dengan Abu tetapi idea dan imejnya berbeza dan memberi pengertian yang lebih mudah.
Ali walaupun mengajak pembaca kepada apa yang tersurat namun ada juga yang tidak terus disuratkan dalam karyanya.









PENDEKATAN DALAM BELAJAR MEMBACA

PENDEKATAN BINAAN



1) Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis.

2) Pengajaran dimulakan dengan memperkenalkan memperkenalkan unsur-unsur  yang      
     terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar.

3) Diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, 
     perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

4)  Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid 







      Contoh :-

         Untuk mengajar perkataan “ mata ”, murid-murid diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf   

         “m”, “a”, “t”, dan “a” dan daripadanya dibentuk suku kata “ma” dan “ta”, kemudian 

          digabungkan menjadi “mata”.

          HURUF - SUKU KATA - PERKATAAN

     4) Perkataan ini akan digalurkan  dengan perkataan-perkataan lain yang telah diketahui oelh 
         murid-murid untuk membentuk rangkai kata, ayat seterusnya  cerita.
   
      5) Kaedah yang sesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah abjad.

     
     PENDEKATAN CERAKINAN

      1 )   Pendekatan ini dikenali sebagai pendekatan analisis.

      2)     unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-      
       unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut.

3)    kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan  
      dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. 
          
    Contoh :-
           Ayat : Buku saya tebal
           Perkataan-perkataan : “buku” “saya” “tebal”
           Suku kata : “bu + ku”, “sa + ya”, dan “te + bal”
           Huruf-huruf : “b”, “u”, “k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”, “l”.
        
          Ayat - Perkataan-perkataan - suku kata - huruf-huruf.
      
      4) Kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya   
          terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

        PENDEKATAN ELEKTIK
    
        1) Pendekatan ini dikenali sebagi pendekatan campuran.
     
        2) Ia merupakan gabungan pendekatan binaan dan juga pendekatan cerakinan.
    
        3) Ia mengambil ciri-ciri terbaik daripadanya dan disesuaikan dengan keadan murid-murid, 
            situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.

        4) Pendekatan ini mesti dijalankan secara sistematik dan dirancang dengan sebaik-baiknya.

        5) Ia juga mesti mempertimbangkan dengan semasak-masaknya akan sifat-sifat ejaan   
            bahasa Malaysia yang fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan, dan 
            sebagainya agar perjalanan pengajaran dapat meninggalkan kesan yang sebaik-baiknya.

    
   
        PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR

        
         PENDEKATAN A

        1) Pendekatan ini adalah campuran yang memberatkan cerakinan. Dalam pendekatan ini, 
             kegiatan pramembaca adalah perlu pada peringkat awal.
     
        2)      Antara aktiviti-aktiviti fizikal yang terlibat adalah pendengaran dan penglihatan. kanak 
             telah dipupuk dengan aktiviti ini.

        3)       Aktiviti pramembaca dapat membantu kecekapan membaca.

        4)   Kanak-kanak menguasai kecekapan asas ini akan didedahkan pada bahanbacaan, iaitu 
               menguasai kecekapan yang mudah kepada mereka. Mereka akan membaca seluruh   
               perkataan atau ayat dan memahami maknanya. Selepas itu barulah bacaan mekanis 
               ditekankan.

        5)    Kaedah suku kata dan kaedah huruf atau kaedah bunyi juga diperlukan sebagai kaedah 
              sokongan bagi menguatkan pengecaman bunyi-bunyi huruf dan suku kata, serta bentuk-
              bentuknya.

        6)  Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf konsonan awal sahaja yang ditekankan 
             dan seterusnya digabungkan dengan bunyi vokal yang mengikutinya. Demikianlah 
             seterusnya hingga menjadi perkataan.

        7)     Dalam pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf tersebut.pengenalan 
              pada nama huruf dibuat secara tidak langsung, seelok-eloknya selepas bunyinya dikuasai.

        PENDEKATAN B

         1)      Kaedah ini berasaskan kepada Kaedah Fonik (bunyi), digabungkan dengan Kaedah 
               Suku Kata, serta dibantu oleh Kaedah Pandang dan Sebut.
      


         2)   Penggabungan kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari 
              dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan bermakna. 

         3)  Murid-murid dikenalkan dengan simbol atau lambang huruf terus dengan yang dihasilkan 
             oleh benda seperti motokar, dan bunyi angin yang keluar dari tayar yang bocor atau belon. 

         4)   Prosedur ini hanya digunakan di peringkat awal sahaja. Pelajaran seterusnya dijalankan 
              berdasarkan kepada cara cerakinan atau binaan.
                

        PENDEKATAN C 

         1)     Pendekatan ini juga dinamakan “Pendekatan Bunyi Kata”. Ia berdasarkan kepada hal-hal 
             berikut:-

                  ·         Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah sistematik dan fonemik
                  ·         Kebanyakkan suku kata dalam Bahasa melayu adalah jelas dan mudah
                  ·         Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah pun 
                        diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
        2)      Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa 
             huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-
             perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

       3)      Cara ini membolehkan kanak-kanak dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat 
            serta faham apa yang dibaca.

                Contohnya:
                 ·         Vokal   a, i, e.
                 ·         Konsonan : k
                 ·         Suku kata : ka,ki,ke
                 ·         Mencantumkan suku kata menjadi perkataan ka+ki, ku+ku
                 ·         Mencantumkan sukukata menjadi perkataan kaki ku,kuku kaki, kuku kaki ku.

              
            
            PENDEKATAN D

             1)     Pendekatan ini berdasarkan prinsip “sintesis” atau membina, iatu menyusun bahagian-
                   bahagian yang kecil menjadi besar.

             2)      Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau mengeja, 
                  kaedah bunyi huruf, dan kaedah suku kata.
            


             3)   Bahan-bahan pengajaran terdiri daripada gambar-gambar, kad-kad abjad, suku kata dan  
                 juga perkataan.

             4) Langkah-langkah :

                - Tunjuk gambar
                - Nama huruf tunggal
                - Perkenalkan kad suku kata
                - Perkenalkan kad perkataan
                - Membaca Ayat
            



        Sumber Rujukan
              Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus Sekolah. Pahang:Pts Profesional.
              
              Awang Sariyan . (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu - Asas Pegangan Guru.          Kuala Lumpur : Pts Publication & Distributiors Sdn. Bhd

              Henry Guntur Tarigan . (1994). Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung: Angkasa Bandung

             Mahzan Arshad . (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu - Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur : Utusan Publication &Distributors Sdn.Bhd.
A