Monday, 13 May 2013

MASALAH DALAM MEMBACA


Ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.


Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.


         ASPEK PSIKOLOGI ~


         Menurut Marohaini Yusoff (1999),

Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek psikologi adalah seperti minat, motivasi dan konsep diri. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi memainkan satu peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca.



  Keadaan perasaan murid tentang diri sendiri.

 Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut. Secara umumnya, masalah membaca yang berpunca dari dalam diri adalah berbeza dengan faktor luaran, namun ianya saling berkait dan memberi kesan terhadap satu sama lain.


          ~ ASPEK INTELEKTUAL ~ 


            Menurut Marohaini Yusoff (1999),

Faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca dalam aspek intelektual adalah seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Perkara ini menampakkan perbezaan ketara sekiranya perbandingan dibuat dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca.




Menurut Roe, Stoodt dan Burn (1978),

Pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pembaca yang merupakan murid di peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar diperingkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.


Pengetahuan sedia ada yang terbatas.

Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya lagi. Sekiranya seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung. Hal ini memperlihatkan pengaruh persekitaran berkait rapat dengan pengalaman sedia ada seseorang pembaca untuk mengukur tahap kebolehan membaca dengan lancar dan kemudah fahaman terhadap sesuatu yang dibaca. Kadang-kala terdapat juga sebilangan kecil pembaca yang hidup disuasana budaya membaca namun, kefahaman dan kemudahfahaman sesuatu yang dibaca ditahap yang rendah. Hal ini tidak dinafikan, walaupun suasana persekitaran pelajar mengalakkan membaca tetapi tahap kemampuan kognitif pembaca tersebut ditahap yang rendah untuk menerima dan menilai sesuatu amalan tersebut khususnya membaca.


Tahap pembacaan.

Pembaca yang tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa ditambah pula dengan kehidupan dalam masyarakat yang menggunakan bahasa dialek kedaerahan manambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Mungkin mereka mampu untuk memahamkan diri mereka apa yang dibaca dan mungkin juga mereka manghadapi masalah penyampaian terhadap sesuatu struktur ayat yang dibaca. Hal ini demikian kerana, sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dielek negeri masing-masing, pembaca tersebut akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain. 




          ~ ASPEK FIZIKAL ~


Kamus Dewan Edisi Keempat,
Fizikal bermaksud jasmani atau sesuatu yang bukan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Berkenaan dengan faktor yang menyebabkan masalah bacaan, fizikal merupakan masalah yang dapat dilihat dan dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran. Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak supaya dapat difahami dalam suatu bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik.


Menurut Marohaini Yusoff (1999)
Proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Walaupun penyelidikan tidak dapat menegaskan perhubungan yang nyata antara daya penglihatan dengan kebolehan membaca, namun banyak masalah ditemui berkaitan pembacaan. Pembaca yang lemah sering menghadapi beberapa masalah penglihatan untuk membuat diskriminasi terhadap huruf dan perkataan. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaannya. Disebabkan masalah yang dihadapi ini, seseorang itu tidak dapat mengetahui apa yang dibacanya dengan tepat, seterusnya mengagalkan proses pemahaman bacaan yang seharusnya berlaku sewaktu proses pembacaan.



         ~ ASPEK SUMBER MANUSIA ~

Marohaini Yusoff (1999) menegaskan, keupayaan seseorang memahami sesuatu bacaan dipengaruhi juga oleh sumber bahan bacaan tersebut. Bahan bacaan mempengaruhi bacaan pembaca melalui pelbagai aspek. Antara aspek tersebut ialah perbendaharaan kata yang terdapat dalam bahan bacaan, penggunaan ayat sama ada mudah atau abstrak, isi kandungan bacaan, serta penggunaan bahan grafik untuk menarik minat pembaca.

Contoh masalah yang berpunca dari bahan bacaan ialah ketika seseorang membaca bahan ilmiah. Bahan ilmiah yang kompleks memerlukan penerangan yang lengkap selain sesuatu untuk memberi gambaran supaya pembaca mudah faham dengan apa yang dibaca. Aspek-aspek yang dinyatakan memainkan peranan penting dalam menjadikan bahan bacaan menarik dan mudah difahami. Dengan daya tarikan serta tahap kemudahan bahan bacaan, seseorang yang membacanya lebih mudah tertarik untuk meneruskan bacaan selain memudahkan pemahaman melalui bacaan tersebut. Dengan pemahaman tentang bahan bacaan, matlamat proses membaca akan berjalan dengan baik.

Kefahaman tentang konsep membaca adalah perlu untuk memastikan seseorang tahu matlamat proses pembacaan. Bagaimanapun, masalah-masalah yang berkaitan dengan proses membaca juga perlu diteliti bagi membolehkan sebarang tindakan meningkatkan bacaan boleh dilakukan. Melalui penelitian yang dijalankan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan memperoleh maklumat dan ilmu daripada proses membaca dapat dikurangkan. Selain itu, lebih ramai orang akan dapat menguasai konsep sebenar pembacaan seterusnya menjadikan membaca sebagai budaya masyarakat.


    
         ~ ASPEK PERSEKITARAN ~

Masalah membaca turut dipengaruhi oleh persekitaran kerana setiap kali aktiviti membaca berlaku, ia pasti akan melibatkan persekitaran terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal.

Marohaini Yusoff (1999
Menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara-perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang mengurangkan perbendaharaan kata mereka. Ia juga berlaku terhadap pengalaman sedia ada murid kerana pengalaman sedia ada juga turut mempengaruhi keberkesanan proses membaca.

Pearson dan Johnson (1978)
Mengatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi bilik darjah mempengaruhi bacaan dan kefahaman. Kegiatan guru dan rakan-rakan lain mempengaruhi pencapaian membaca murid. Guru bertindak sebagai pencetus kepada keinginan membaca, manakala rakan sebaya pula menjadi pemangkin kepada minat untu terus membaca. Secara ringkasnya, guru dan rakan sebaya bertindak secara tidak langsung sebagai perangsang untuk seseorang murid membaca. Rangsangan yang baik membolehkan murid membaca dengan baik, tetapi rangsangan yang negatif akan memberikan hasil yang negatif juga.



No comments:

Post a Comment