Tugasan Berpasangan


1.0 PENGENALAN
Membaca merupakan satu kemahiran penting yang perlu diajar oleh para guru semasa di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.  Hal ini kerana  membaca merupakan intipati dalam pembelajaran.  Tanpa kemahiran asas ini, proses pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna.  Kemahiran asas dalam bacaan bukan sahaja menguasai kemahiran mengenal abjad, mengeja suku kata dan membaca perkataan sahaja tetapi kemahiran ini perlu dipertingkatkan dengan penguasaan kelancaran dan kefahaman supaya proses membaca lebih berkesan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Kennedy (1981), mendefinisikan bahawa membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual seperti lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusnya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Manakala, Marohaini Yusof (1989) mendefinisikan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan dan hanya dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca oleh seseorang individu. Selain itu, daripada Harris dan Sipay (1980) mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis.  Mahzan Arshad (2008) mendefinisikan membaca ialah satu proses memahami atau membina pengalaman. Beliau membahagikan membaca kepada dua bahagian iaitu membaca sebagai proses membentuk makna dan membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan. Dua pembahagian ini merupakan satu perspektif bagi mendalami konsep membaca dengan jelas.
Berikutan itu, dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui bahan yang dibaca ialah melalui gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu satu proses pengamatan, sensori, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan yang sangat penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara proses kompleks tersebut, proses membaca ini tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain itu matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan dapat dicapai. Proses membaca dapat mencapai matlamatnya dengan menjalankan pelbagai teknik.  Antaranya adalah melalui teknik membaca berulang dan teknik membaca berpasangan.
2.0   ULANG DAN MEMBACA SERENTAK
i)                    Definisi
Teknik ulang dan membaca serentak dapat didefinisikan sebagai satu teknik yang menggalakkan pelajar-pelajar membaca perkataan atau ayat-ayat yang mudah sahaja kemudian dilakukan secara berulang-ulang sehingga pelajar mahir dengan bahan bacaan tersebut dan setelah itu bahan bacaan tersebut akan dibaca secara serentak dan bersama-sama.
Menurut Musti-Roa Hawkins & Barkley (2009), bacaan berulang memerlukan pelajar membaca berulangkali petikan atau teks dalam jangka masa tertentu atau sehingga pelajar itu lancar membaca. Bacaan berulang merupakan pendekatan yang dikenalpasti untuk meningkatkan kelancaran kerana teknik ini memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih membaca teks secara berulang-ulang sehingga mencapai kelancaran.
Menurut David A. Sousa dalam bukunya yang bertajuk “How The Brain Learns to Read” penggunaan teknik ulang dan membaca serentak ini dapat meningkatkan kefasihan dalam membaca secara menyeluruh. Pelajar yang membaca petikan dengan kuat dan menerima bimbingan daripada guru-guru akan menjadi pembaca yang lebih baik kerana teknik ini dapat meningkatkan kefasihan, kefahaman dan kelancaran seseorang dalam membaca. Pendekatan teknik ini juga membantu pelajar untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam membaca.

ii)                  Tujuan teknik ulang dan membaca serentak perlu dilaksanakan dalam sesuatu
pengajaran & pembelajaran bacaan
Menurut Mahzan Arshad (2003), teknik ini wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu pelajar memahami sesuatu bahan bacaan tertentu dan dapat membincangkan kandungan bahan bacaan tersebut secara bersama-sama. Selain itu, bacaan berulang adalah afektif dalam menggalakkan kelancaran dan kefahaman untuk mereka yang menghadapi masalah dalam membaca. Teknik ini akan membantu menggerakkan pengalaman latar pelajar dan membina istilah latar serta konsep yang terdapat dalam sesuatu bahan bacaan. Guru sebenarnya bertindak sebagai model yang dapat diikuti oleh pelajar pada peringkat awal bacaan. Menerusi teknik ini, guru berpeluang memberi sokongan yang kukuh kepada pelajar. Di samping itu, teknik sedemikian juga digunakan bagi bahan bacaan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau perkataan yang sukar bagi pelajar untuk mendekod atau sukar untuk diikuti. Setelah guru membaca sesuatu bahan bacaan, pelajar perlu ikut  membaca di bawah seliaan guru secara berkoperatif atau secara bebas. Pendekatan melalui teknik ini dapat membantu pelajar untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam membaca.
Teknik ulang dan membaca serentak wajar dilaksanakan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bacaan kerana teknik ini merupakan pendekatan yang dikenalpasti dapat meningkatkan kelancaran membaca kerana teknik ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berlatih membaca teks secara berulang-ulang sehingga pelajar itu lancar membaca. Selain itu, penggunaan kaedah bacaan berulang dengan menggunakan aktiviti bacaan kuat, bacaan berirama, bacaan bergilir-gilir dan bacaan berpasangan telah membuatkan teknik ini tidak membosankan para pelajar. Tambahan pula, guru dan rakan-rakan yang membaca dengan lancar akan menjadi model kepada para pelajar lain untuk mempertingkatkan kelancaran mereka dalam membaca.
Di samping itu, penggunaan bacaan berulang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan adalah untuk membantu guru-guru dalam meningkatkan kelancaran dan kefahaman mengenai bacaan dalam kalangan pelajar-pelajarnya. Hal ini kerana kebanyakan pelajar di peringkat sekolah rendah dianggap telah menguasai kemahiran membaca apabila mereka boleh membunyikan suku kata, membaca ayat dan petikan.
Teknik ulang dan membaca serentak wajar dilaksanakan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bacaan kerana dapat membantu pelajar mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan bercetak dan dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika mereka membaca setelah melakukan bacaan tersebut secara berulang-ulang. Kelancaran merupakan tindakbalas yang diperolehi kesan daripada latihan yang berulang-ulang membaca perkataan atau teks. Sekiranya guru memberi pengukuhan yang positif, pelajar akan terus membaca secara berulang-ulang kerana mereka tahu kesan daripada bacaan berulang-ulang akan menyebabkan mereka dapat mengecam perkataan serta mengingati perkataan tersebut.

iii)                Kelebihan dan kekurangan


KELEBIHAN

KEKURANGAN

§  Teknik ini dapat meningkatkan kefasihan, kefahaman dan kelancaran seseorang dalam membaca.


§  Masa banyak dihabiskan untuk mengulangi sesuatu bahan bacaan   yang sudah diketahui dan difahami.

§  Menggalakkan pelajar untuk membaca petikan atau teks beberapa kali dan menerima bimbingan yang sistematik, jelas dan mendapat maklumbalas daripada guru. Hal ini kerana jika pelajar membuat kesilapan dalam membaca, guru akan segera memperbetulkan kesalahan tersebut.


§  Pelajar hanya akan dapat menguasai dan cekap membaca bahan bacaan yang dibacanya secara berulang-ulang itu sahaja.

§  Membantu meyakinkan pembaca yang kurang lancar iaitu melalui latihan mereka boleh membaca dengan kadar, ketepatan dan ekspresi seperti pembaca yang lebih lancar.



§ Pelajar akan cepat berasa bosan kerana membaca perkara yang sama sahaja.

§ Membantu pelajar mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan bercetak dan dapat mengelakkan bacaan terhenti ketika mereka membaca setelah melakukan bacaan tersebut secara berulang-ulang.


  • Pelajar terpaksa menunggu giliran untuk membaca secara berulang-ulang.







3.0        TEKNIK MEMBACA BERPASANGAN/ TEATER MEMBACA

     (i)                        Definisi
    (ii)            Objektif pelaksanaan teknik membaca berpasangan/ teater membaca dalam pengajaran dan pembelajaran.

Teknik ini dapat membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran dengan meningkatkan kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.  Hal ini kerana murid menggunakan kemahiran membaca seperti dialog, kemahiran mendengar iaitu murid perlu mendengar setiap apa yang diucapkan oleh rakan dalam menjalankan teknik ini.  Selain daripada itu, kemahiran menulis pula mengikut teknik ini dapat dilihat apabila pelajar perlu membina perkataan dan juga ayat dengan menggunakan idea-idea mereka.  Melalui  teknik ini kemahiran bertutur dapat dilihat berdasarkan pelajar perlu bertutur atau berkomunikasi dengan banyak dalam mengeluarkan idea mereka sepanjang menjalankan teknik ini.
   Selain daripada itu, kepekaan dibina melalui aktiviti mendengar, memahami dan menghayati dalam semua keadaan.  Situasi ini dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti yang dijalankan.  Misalnya aktiviti pentomin dilakukan sebelum pelajar melaksanakan aktiviti ini guru haruslah memberi penerangan yang jelas kepada pelajar agar pelajar faham dan mudah untuk melaksanakannya.  Semasa aktiviti pentomin dijalankan pelajar akan bersedia dengan watak masing-masing dan mereka akan melakukannya dengan sebaik mungkin.  Semasa aktiviti dijalankan juga, pelajar yang menonton turut serta akan menghayati mesej yang ingin disampaikan.  Selepas aktiviti dijalankan pelajar akan memberi respon ke atas aktiviti tersebut yang menunjukkan mereka faham akan makna atau maksud pentomen tersebut.
            Kemahiran bertutur, berkomunikasi dan berdialog dapat ditingkatkan dengan penggunaan bahasa yang baik, indah dan bertatasusila.  Sebelum aktiviti dilaksanakan guru akan melakukan semakan terhadap dialog yang dibuat sendiri oleh pelajarnya.  Guru akan menyemak setiap penggunaan perbendaharaan kata dan penggunaan ayat dengan tujuan agar dialog yang diucapkan lebih indah dengan kata-kata yang baik dan sopan.
              Daya pemikiran pelajar dapat ditingkatkan melalui idea-idea pelajar yang kreatif dan inovatif.  Objektif ini dapat dicapai apabila pelajar diminta membuat sendiri dialog untuk persembahan mereka.  Sewaktu ini pelbagai idea akan disumbangkan.  Hasil daripada kombinasi idea-idea pelajar yang terlibat akan menjadikan jalan cerita lebih menarik lagi.
            Menyuburkan daya penghayatan terhadap kehidupan dan alam sekeliling serta mencungkil dan mengembangkan bakat dan kebolehan semula jadi murid dalam bidang lakonan.  Melalui teknik ini pelajar dapat menghayati kehidupan dan alam sekeliling mereka dengan watak yang telah ditetapkan.  Semangat kerjasama antara pasukan dapat dilihat dalam menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.


 (iii)            Kelebihan dan kelemahan teknik membaca berpasangan / Teater membaca.
                                              



4.0                 CADANGAN AKTIVITI BERDASARKAN TEKNIK TEATER MEMBACA.
Aktiviti yang dicadangkan ialah pentomin.  Menurut Nellie Mc. Caslin (1984) dalam buku Drama Dalam Pengajaran Bahasa , menyatakan dengan mengadakan aktiviti pentomin ini  pelajar-pelajar dapat melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar iaitu ia harus meneliti dan mendengar skrip yang dibaca agar ia dapat melakonkan watak itu seperti yang diperlukan oleh skrip dan bagi penonton pula meraka dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. melalui aktiviti pentomin ini juga, pelajar diberi peluang untuk melahirkan perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran lisan.
(i)               Langkah-langkah yang harus dilakukan oleh guru dan pelajar sebelum, semasa dan selepas.

MASA

PERANAN GURU

PERANAN PELAJAR




SEBELUM

1.   Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi. Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan pelajar.
2.   Guru memberi taklimat atau penerangan kepada pelajar tentang tajuk pentomin yang akan mereka lakonkan.
3.   Guru meminta pelajar membaca dan menghayati skrip yang diberikan.
4.   Mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut.
5.   Beberapa orang pelajar dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang pelajar dipilih untuk membaca skrip cerita manakala pelajar-pelajar lain menjadi penonton.
6.      Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memilih muzik yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.
7.      Guru dan pelajar yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan dan peralatan lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.

1.          Pelajar akan diberikan masa untuk mereka membuat teks atau dialog untuk persembahan pentomin mereka.
2.          Pelajar yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.



SEMASA

1.      Guru memberi penerangan dan arahan kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian.

2.      Guru menilai persembahan pelajar berdasarkan kefahaman, kelancaran dan kefasihan pelajar dalam melakonkan watak dan membaca teks.

1.   Pelajar yang terlibat akan membaca teks yang telah disediakan dan melakonkan watak berdasarkan pembacaan teks atau dialog oleh pelajar lain.








SELEPAS

1.      Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan pelajar-pelajar agar mereka merasa diperlukan dan dihargai.


2.      Menerusi aktiviti pantomin ini, guru boleh meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan dengan pentomin yang dipersembahkan.
i.                     



1.   Pelajar akan lebih memahami jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan berdasarkan lakonan pentomin yang dilakukan            


5.0              KESIMPULAN

            Membaca adalah aktiviti berbahasa yang sangat penting dalam usaha membentuk pengaliran ilmu daripada bahan yang dibaca. Aktiviti ini memerlukan kemahiran yang khusus terutama dalam memastikan kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Kefahaman dapat dicapai sekiranya pelajar dapat membaca dengan lancar dan tepat. Hal ini kerana membaca tanpa memahami makna tidak akan memberikan kepuasan dan tidak menepati matlamat membaca yang ditetapkan. Sebagai guru yang mengajar membaca, ciri utama yang perlu diberikan perhatian adalah meningkatkan keupayaan pemahaman ketika pelajar membaca bahan yang disediakan.


 BIBLIOGRAFI

David A. Sousa. (2005). How The Brain Learns To Read. California: Corwin Press.
Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan  Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Musti-Roa, S., Hawkins, R.O., & Barkley, E.A. (2009). Effects of Repeated Readings On The Oral Reading Fluency of Urban Fourth-Grade Students: Implications for Practice. University of Cincinnati: University Research Council Faculty Research Support Program.
Robert J.T. & John W.R. (2000). Reading Strategies & Practices: A Compedium. America: Allyn Bacon Pearson Education Company.
Yahaya Othman. (2006). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment