Monday, 13 May 2013

PEMILIHAN BAHAN BACAAN


Pada masa kini, ramai di kalangan pendidik di Malaysia membuat andaian bahawa buku-buku atau bahan-bahan bacaan yang ditulis sesuai untuk semua murid-murid dalam peringkat itu. Namun begitu, andaian ini perlu diubah lantaran murid-murid yang hadir dalam sesuatu peringkat itu mempunyai kecerdasan yang berbeza. Latar belakang, minat, dan kebolehan berbahasa yang berbeza di kalangan murid-murid memerlukan bahan bacaan yang pelbagai. Oleh yang demikian salah satu cabaran dalam pendidikan adalah menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk murid-murid. Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dari aspek murid boleh dilihat dari aspek intelek, psikologi, fizikal dan persekitaran. Antara faktor-faktornya ialah.1)

           1)  Faktor Tulisan yang Jelas 
Faktor tulisan yang jelas dalam penulisan ini merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Reka    bentuk tulisan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf , jarang antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi. Semua ini, didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan bahan. Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza. Contoh di bawah dapat menerangkan hal ini dengan lebih jelas. Contoh di atas menunjukkan pengaruh saiz tulisan. Contoh di bawah pula menunjukkan pengaruh jenis tulisan. 

(This is an example of 11 point. This recommended as being the optimal size of type for ease speed of reading with adult readers.)
            (This is an example of 10 point. The range 10-12 point is recommended for children age nine to thirteen years.)


          2) Faktor Ilustrasi dan Warna

   Ilustrasi turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bergantung  kepada cara persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan. Kajian membuktikan kanak-kanak amat menggemari bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi. Hal ini, secara langsung akan memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat di situ. Selain itu, ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Namun demikian penggunaan ilustrasi ini juga ada kelemahannya iaitu ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau konsep. Hal ini perlu dielakkan kerana kadang-kala ilustrasi tidak dapat memuatkan semua fakta penting seperti yang terdapat dalam teks. Oleh itu, pembaca akan kehilangan fakta penting yang sepatutnya mereka kuasai. Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan. Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian telah menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru, dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca. Contoh-contoh ilustrasi di bawah menunjukkan cara lukisan dan cara warna yang berbeza. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Andrews & Scharff 2002 mereka telah menemui bahawa murid-murid pra sekolah lebih meminati buku yang bergambar terang dan realistik berbanding buku-buku yang mengandungi gambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik serta suram dan abstrak. Kajian mereka ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.




3)       Faktor Perbendaharaan Kata

Perbendaharaan kata adalah faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. Kajian oleh Harrison 1980, telah membuktikan perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan untuk meramal kesukaran teks. Ada banyak cara mengukur kesukaran teks dengan menggunakan perbendaharaan kata, namun demikian dua cara yang paling biasa digunakan adalah dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan. Panjang perkataan dikira dengan cara mengira suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut. Manakala kekerapan perkataan dikira dengan cara melihat berapa kerap sesuatu perkataan digunakan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas dikenali dan difahami.



4)   Faktor Kesukaran Konseptual

Faktor ini berkait rapat dengan faktor perbendaharaan kata secara am. Namun demikian, kedua-dua faktor ini sepatutnya dianggap sebagai perkara yang berlainan. Dalam pengukuran kebolehbacaan, faktor kesukaran konsep adalah faktor yang lebih penting berbanding dengan faktor-faktor lain. Namun demikian, ia jarang diambil kira kerana ia amat sukar untuk menganggarkan kebolehbacaannya. Kesukaran ini timbul kerana tiada kriteria yang boleh digunakan untuk mengukur kesukaran konseptual itu sendiri.


5)   Faktor Ayat


    Pemahaman terhadap kandungan sesuatu petikan akan menjadi sukar apabila struktur ayatnya kompleks. Harisson menyatakan kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima iaitu:
i. Kata kerja berbanding kata kerja pasif,
ii. Proses membentuk kata nama,
iii. Kata kerja bantu,
iv. Bilangan klausa dalam ayat; dan
v. Pemahaman dan penggantian.

Kajian telah menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks menurun. Sama juga penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi dan kadang kala menyebabkan kekaburan dan kesamaran teks yang dibaca. Jadual di bawah menunjukkan lima jenis kesukaran berkaitan dengan ayat yang dikemukakan oleh Harrison 1980. Contoh di bawah menunjukkan teks yang kabur.

Ali pula sepanjang karyanya dalam Warna Merah itu tidak ditemui menggunakan metafora sama ada dalam bentuk personifikasi tetapi Ali memilih juga diksi-diksi yang mempunyai makna di sebaliknya. Ada sedikit persamaan dengan Abu tetapi idea dan imejnya berbeza dan memberi pengertian yang lebih mudah.
Ali walaupun mengajak pembaca kepada apa yang tersurat namun ada juga yang tidak terus disuratkan dalam karyanya.









No comments:

Post a Comment