Monday, 13 May 2013

DEFINISI MEMBACA


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, membaca didefinisikan sebagai mengucap apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, atau sebagainya secara lisan dengan kuat. Kennedy (1981), mendefinisikan bahawa membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual seperti lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang diketahui seterusanya memahami dan mentafsir maksudnya berdasarkan pengalaman lalu. Manakala, Marohaini Yusof (1989) mendefinisikan membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan dan hanya dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca oleh seseorang individu. Selain itu, daripada Harris dan Sipay (1980) mendefinisikan membaca sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercorak atau bertulis.  Mahzan Arsyad (2008) mendefinisikan membaca ialah satu proses memahami atau membina pengalaman. Beliau membahagikan membaca kepada dua bahagian iaitu membaca sebagai proses membentuk makna seperti  dan membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan. Dua pembahagian ini merupakan satu perspektif bagi mendalami konsep membaca dengan jelas.  Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses yang kompleks iaitu satu proses pengamatan, sensori, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubungkait antara proses kompleks tersebut, proses membaca ini tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain itu matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment