dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf.
Contoh
:-
Ayat : Buku saya tebal
Perkataan-perkataan :
“buku” “saya” “tebal”
Suku kata : “bu + ku”,
“sa + ya”, dan “te + bal”
Huruf-huruf : “b”, “u”,
“k”, “u”, “s”, “a”, “y”, “a”, “t”, “e”, “b”, “a”, “l”.
Ayat - Perkataan-perkataan - suku kata - huruf-huruf.
4) Kaedah yang sesuai digunakan ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya
terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.
PENDEKATAN ELEKTIK
1) Pendekatan ini dikenali sebagi pendekatan campuran.
2) Ia merupakan gabungan pendekatan binaan dan juga pendekatan cerakinan.
3) Ia mengambil ciri-ciri terbaik daripadanya dan disesuaikan dengan keadan murid-murid,
situasi bilik darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.
4) Pendekatan ini mesti dijalankan secara sistematik dan dirancang dengan sebaik-baiknya.
5) Ia juga mesti mempertimbangkan dengan semasak-masaknya akan sifat-sifat ejaan
bahasa Malaysia yang fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan, dan
sebagainya agar perjalanan pengajaran dapat meninggalkan kesan yang sebaik-baiknya.
PENDEKATAN BERFORMATKAN
KBSR
PENDEKATAN A
1) Pendekatan ini adalah campuran yang memberatkan cerakinan. Dalam pendekatan ini,
kegiatan pramembaca adalah perlu pada peringkat awal.
2) Antara
aktiviti-aktiviti fizikal yang terlibat adalah pendengaran dan penglihatan.
kanak
telah dipupuk dengan aktiviti ini.
3) Aktiviti
pramembaca dapat membantu kecekapan membaca.
4) Kanak-kanak menguasai kecekapan asas ini akan
didedahkan pada bahanbacaan, iaitu
menguasai kecekapan yang mudah kepada
mereka. Mereka akan membaca seluruh
perkataan atau ayat dan memahami maknanya.
Selepas itu barulah bacaan mekanis
ditekankan.
5) Kaedah
suku kata dan kaedah huruf atau kaedah bunyi juga diperlukan sebagai kaedah
sokongan bagi menguatkan pengecaman bunyi-bunyi huruf dan suku kata, serta
bentuk-
bentuknya.
6) Waktu membunyikan suku kata hanya bunyi huruf
konsonan awal sahaja yang ditekankan
dan seterusnya digabungkan dengan bunyi
vokal yang mengikutinya. Demikianlah
seterusnya hingga menjadi perkataan.
7) Dalam
pengenalan huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf tersebut.pengenalan
pada nama huruf dibuat secara tidak langsung, seelok-eloknya selepas bunyinya
dikuasai.
PENDEKATAN
B
1) Kaedah
ini berasaskan kepada Kaedah Fonik (bunyi), digabungkan dengan Kaedah
Suku
Kata, serta dibantu oleh Kaedah Pandang dan Sebut.
2) Penggabungan kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari
dan memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan bermakna.
3) Murid-murid dikenalkan dengan simbol atau lambang huruf terus dengan yang dihasilkan
oleh benda seperti motokar, dan bunyi angin yang keluar dari tayar yang bocor atau belon.
4) Prosedur ini hanya digunakan di peringkat awal sahaja. Pelajaran seterusnya dijalankan
berdasarkan kepada cara cerakinan atau binaan.
PENDEKATAN
C
1) Pendekatan
ini juga dinamakan “Pendekatan Bunyi Kata”. Ia berdasarkan kepada hal-hal
berikut:-
·
Sistem
ejaan Bahasa Melayu adalah sistematik dan fonemik
·
Kebanyakkan
suku kata dalam Bahasa melayu adalah jelas dan mudah
·
Perkataan-perkataan
yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah pun
diketahui maknanya oleh
kebanyakkan murid.
2) Pendekatan
ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa
huruf
vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan
perkataan-
perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran.
3) Cara
ini membolehkan kanak-kanak dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat
serta
faham apa yang dibaca.
Contohnya:
·
Vokal
a, i, e.
·
Konsonan : k
·
Suku kata : ka,ki,ke
·
Mencantumkan suku kata menjadi perkataan
ka+ki, ku+ku
·
Mencantumkan sukukata menjadi perkataan kaki
ku,kuku kaki, kuku kaki ku.
PENDEKATAN
D
1) Pendekatan
ini berdasarkan prinsip “sintesis” atau membina, iatu menyusun
bahagian-
bahagian yang kecil menjadi besar.
2) Kaedah-kaedah
yang terkandung dalam pendekatan ini ialah kaedah abjad atau mengeja,
kaedah
bunyi huruf, dan kaedah suku kata.
3) Bahan-bahan pengajaran terdiri daripada gambar-gambar, kad-kad abjad, suku kata dan
juga perkataan.
4) Langkah-langkah :
- Tunjuk gambar
- Nama huruf tunggal
- Perkenalkan kad suku kata
- Perkenalkan kad perkataan
- Membaca Ayat
Sumber Rujukan
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus Sekolah. Pahang:Pts Profesional.
Awang Sariyan . (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu - Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur : Pts Publication & Distributiors Sdn. Bhd
Henry Guntur Tarigan . (1994). Membaca Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung: Angkasa Bandung
Mahzan Arshad . (2003). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu - Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur : Utusan Publication &Distributors Sdn.Bhd.
A